Setup Spotify dan terima music request.
Cipta Spotify developer app, daftarkan callback SKFINITY, authenticate akaun dan kawal siapa yang boleh meminta lagu.
Buka Developer Dashboard dan daftar app anda.
- Gunakan akaun Spotify milik sendiri.
- Spotify Premium diperlukan untuk playback dan Development Mode app owner.
- Jalankan SKFINITY pada PC yang akan digunakan semasa LIVE.
Cipta Spotify developer app
Buka Spotify Developer Dashboard, login, kemudian pilih Create app. Gunakan nama mudah seperti SKFINITY Personal, isi description dan Redirect URI http://127.0.0.1:3001/callback, kemudian pilih Web API. Baca dan tandakan persetujuan Developer Terms sebelum tekan Create.
Daftar callback SKFINITY
Buka app yang dicipta → Settings dan semak Redirect URI tepat http://127.0.0.1:3001/callback dan simpan. Jangan tukar kepada localhost, port lain, HTTPS atau tambah trailing slash. Spotify membandingkan URI secara tepat.
Simpan credential dan authenticate
Copy Client ID dan Client Secret secara private. Dalam SKFINITY buka Settings → Spotify → API & Authentication, masukkan kedua-duanya dan tekan Save Credentials. Seterusnya tekan Authenticate Spotify, approve permission dalam browser dan tunggu status Authenticated. Field kosong mengekalkan credential yang sudah tersimpan.
Tetapkan Request Rules
Aktifkan Song Request untuk menerima request penonton—checkbox ini masih OFF dalam contoh gambar. Pilih juga Revoke, Skip dan Auto Host Comment mengikut keperluan. Tetapkan allowed badges dan had per user, subscriber, moderator serta global queue. Nilai dalam visual ialah contoh—bukan default wajib. Nilai 0 bermaksud unlimited. Tekan Save Request Rules.
Semak Host Comment Templates
Ubah mesej untuk success, duplicate, user limit, request closed, gating denied, song queued dan situasi lain. Placeholder yang sah ialah {title}, {artist}, {albumName}, {user} dan {query}. Kekalkan ejaan serta kurungan tepat, kemudian tekan Save All Templates.
Uji playback dan viewer request
Buka Spotify pada device yang akan mengeluarkan audio dan mulakan playback sekali supaya device aktif. Buat satu manual request dalam SKFINITY, semak queue dan dengar audio. Selepas TikTok host sudah LIVE dan connector connected, uji viewer command !play tajuk - artis. Manual request berjaya tidak membuktikan badge, limit dan viewer gate sudah lulus.
Diagnosis cepat
INVALID_CLIENT atau redirect URI mismatch +
Pastikan callback di Spotify dan SKFINITY ialah http://127.0.0.1:3001/callback secara tepat. Rujuk syarat Redirect URI rasmi Spotify.
API memulangkan 403 dalam Development Mode +
Semak app owner mempunyai Premium dan akaun ujian telah diberi akses jika bukan owner. Had Development Mode boleh berubah; rujuk Quota modes Spotify.
Authenticated tetapi tiada audio +
Buka Spotify pada playback device yang betul, mainkan audio sekali dan semak Windows/audio routing. OAuth berjaya tidak membuktikan output audio aktif.
Manual request berjaya tetapi viewer ditolak +
Pastikan Song Request aktif, badge dibenarkan, limit belum penuh, TikTok sudah LIVE dan connector connected. Manual host request tidak menggunakan semua viewer gates.
