LEGAL & POLICYPayment Policy
Polisi ini menerangkan harga, kaedah pembayaran, pengesahan pesanan dan pengendalian transaksi SKFINITY. Pembayaran production hanya tersedia apabila checkout rasmi memaparkannya sebagai aktif.
Berkuat kuasa / dikemas kini: 17 Ogos 2026Mata wang dan harga penuh
Semua harga customer-facing dipaparkan dalam Ringgit Malaysia (MYR). Jumlah akhir sebelum pembayaran ialah harga jualan SKFINITY bagi pelan dan add-on yang dipilih. Tiada caj penyedia pembayaran atau SST berasingan ditambah jika ia tidak dipaparkan secara jelas dalam jumlah akhir.
Kaedah pembayaran
Kaedah yang benar-benar tersedia akan dipaparkan pada checkout rasmi semasa pembayaran. Pembayaran sensitif diproses melalui halaman penyedia pembayaran yang dihoskan; jangan hantar nombor kad penuh, CVV, kata laluan bank atau OTP kepada SKFINITY melalui e-mel atau chat.
Pengesahan pesanan
Pelanggan boleh menyemak pelan, tempoh langganan yang dipilih dan jumlah sebelum mengesahkan. Pembayaran, callback browser atau resit penyedia sahaja tidak memberikan lesen secara automatik; akses hanya diberikan selepas transaksi dipadankan dan disahkan pada rekod berautoriti SKFINITY.
Status pembayaran semasa
Online payment hanya tersedia melalui checkout rasmi SKFINITY yang membuka halaman HitPay. Jangan membuat atau mengulangi pembayaran melalui link tidak rasmi. Jika status masih disemak selepas kembali daripada HitPay, jangan bayar kali kedua; semak User Portal atau hubungi SKFINITY.
Bayaran seterusnya
Setiap transaksi ialah bayaran sekali bagi tempoh yang dipilih dan tiada caj automatik. Pelanggan membuat bayaran seterusnya sendiri melalui User Portal. Bayaran awal melanjutkan tempoh daripada paid-through date semasa; jika bayaran dibuat selepas tamat, tempoh baharu bermula daripada bayaran yang berjaya disahkan.
Kesilapan, fraud dan pertikaian
Jika transaksi gagal, tergantung, berganda, tidak dibenarkan atau amaunnya salah, jangan bayar semula sehingga status disahkan. Gunakan halaman Contact dan sertakan rujukan pesanan. Kami boleh meminta verifikasi munasabah, menyemak rekod penyedia, menahan provisioning dan mengendalikan refund atau pertikaian mengikut undang-undang serta polisi berkaitan.