Kenali Live Dashboard dan status sambungan.
Selepas login berjaya, Live Dashboard menghimpunkan Music Request, OBS VCam, TikTok Chat, event feed dan system meters dalam satu interface.
Kenali interface utama
Panel kiri memegang menu dan TikTok Live Settings. Bahagian tengah memaparkan Music Request serta OBS VCam. Panel kanan ialah TikTok Chat dan events. Meter CPU, GPU, RAM dan disk membantu pemantauan asas ketika LIVE.
Baca tiga status utama
VPS is up hijau bermakna backend VPS dapat dicapai. OBS Connected hijau bermakna sambungan OBS aktif. TikTok Offline merah bermakna SKFINITY masih belum terhubung kepada sesi TikTok LIVE—walaupun akaun mungkin sudah authenticated.
Sambungkan TikTok selepas host LIVE
Pastikan setup Euler Stream API dan TikTok authentication sudah selesai. Kemudian mulakan LIVE menggunakan akaun host terlebih dahulu dan tekan Connect to TikTok. Jika akaun belum LIVE, SKFINITY memang tidak boleh menyambungkan connector kepada bilik LIVE.
Diagnosis cepat
TikTok ready tetapi masih Offline +
Ready atau authenticated bukan bukti connector sudah masuk LIVE room. Mulakan TikTok LIVE dahulu, kemudian tekan Connect.
OBS Connected tetapi preview salah +
Semak scene collection OBS dan mapping Scene Roles. Connected hanya membuktikan WebSocket aktif.
VPS tidak hijau +
Semak internet dan tunggu seketika. Jika kekal down, catat masa serta status tanpa mendedahkan credential.
