Login Portal, download dan install SKFINITY.
Gunakan User Portal rasmi untuk mendapatkan build Windows yang sah, kemudian lengkapkan pemasangan manual dengan semakan keselamatan sebelum menekan Run anyway.
- Sediakan email dan kata laluan akaun SKFINITY sendiri.
- Pastikan akaun mempunyai akses aktif ke User Portal.
- Tutup SKFINITY lama sebelum menjalankan installer.
- Download hanya melalui https://user.skfinity.com.
Login ke User Portal rasmi
Buka user.skfinity.com. Masukkan email dan kata laluan akaun SKFINITY anda, kemudian tekan Log masuk. Jangan gunakan compatibility alias atau link installer yang dihantar oleh pihak lain.
Cari build rasmi dan tekan Muat turun
Pada halaman Utama, cari kad Muat turun SKFINITY. Semak status Build rasmi disahkan, kemudian tekan butang muat turun versi yang tersedia. Nombor versi dalam portal boleh lebih baharu daripada contoh 3.4.5 pada tutorial ini.
Simpan installer dalam Downloads
Jika dialog Save As dibuka, kekalkan nama fail installer yang diberikan oleh portal, pilih folder Downloads atau lokasi yang mudah dicari, kemudian tekan Save. Sesetengah browser mungkin terus menyimpan fail tanpa memaparkan dialog ini.
Buka installer dan pilih More info
Tutup SKFINITY yang sedang berjalan, kemudian buka fail installer yang baru dimuat turun. Untuk release line semasa yang tidak menggunakan paid Authenticode signing, Windows SmartScreen boleh memaparkan Windows protected your PC. Tekan More info hanya jika fail itu datang terus daripada user.skfinity.com dan nama versinya sepadan dengan portal.
Semak fail, kemudian pilih Run anyway
Pastikan nama App ialah installer SKFINITY yang anda baru download. Unknown publisher boleh dipaparkan untuk installer semasa. Jika sumber dan nama fail tepat, tekan Run anyway. Jika fail datang daripada WhatsApp, Telegram, email atau laman lain, tekan Don’t run dan download semula melalui portal rasmi.
Pilih shortcut dan tekan Install
Dalam SKFINITY Setup, biarkan Create SKFINITY desktop shortcut ditanda jika anda mahu shortcut pada desktop. Tekan Install dan tunggu sehingga pemasangan selesai. Selepas itu, buka SKFINITY. Jika Data Setup muncul, pilih lokasi data mengikut panduan lokasi data dahulu, kemudian login menggunakan akaun yang sama.
Buka SKFINITY selepas pemasangan
Selepas setup selesai, buka SKFINITY melalui shortcut atau Start Menu. Lengkapkan Data Setup jika dipaparkan, kemudian login menggunakan akaun yang sama. Pengguna dengan lokasi data sedia ada yang sah boleh terus ke login. Jika aplikasi memaparkan Update Required, kembali ke User Portal dan gunakan versi terkini; jangan cuba bypass atau menjalankan installer daripada sumber lain.
Diagnosis cepat
Tidak boleh login ke User Portal +
Semak email akaun, Caps Lock dan sambungan internet. Gunakan Lupa kata laluan? jika perlu. Jangan hantar password atau OTP kepada support.
Kad muat turun tidak kelihatan +
Tekan Segarkan data dan semak status akaun. Jika akses masih tidak tersedia, hubungi support dengan screenshot status akaun yang telah menutup maklumat peribadi.
Nama fail atau sumber tidak sepadan +
Jangan jalankan fail itu. Padam salinan yang meragukan dan download semula daripada https://user.skfinity.com.
SmartScreen tidak menunjukkan Run anyway +
Tekan More info terlebih dahulu. Jika nama App bukan installer SKFINITY yang baru dimuat turun, pilih Don’t run.
Installer gagal kerana aplikasi masih berjalan +
Tutup SKFINITY secara normal, tunggu beberapa saat dan jalankan semula installer. Jangan padam folder settings atau runtime-state untuk memaksa pemasangan.
