LEGAL & POLICYService & Subscription Terms
Terma ini menerangkan skop produk digital, lesen, langganan dan perkhidmatan setup SKFINITY. Ia dibaca bersama Terms & Conditions, Payment Policy dan Cancellation & Refund Policy.
Berkuat kuasa / dikemas kini: 18 Ogos 2026Pelan dan lesen
Pelan Creator menyediakan satu floating license dan pelan Studio menyediakan tiga floating license. Lesen terikat kepada akaun yang sah, had slot pelan, status bayaran dan kawalan akses SKFINITY. Pelan Enterprise, jika ditawarkan, tertakluk kepada quotation dan skop bertulis berasingan.
Pembekalan akses
Akses digital dibekalkan selepas akaun disahkan, pembayaran berjaya disahkan pada sistem berautoriti dan pemeriksaan yang diperlukan selesai. Anggaran masa atau tarikh setup dinyatakan semasa pengesahan pesanan; kelewatan verifikasi, maklumat tidak lengkap atau platform pihak ketiga boleh menjejaskan masa pembekalan.
Tempoh akses dan lanjutan
Pelan Creator dan Studio dibayar sekali bagi tempoh 1–12 bulan yang dipilih dan tidak dicaj secara automatik. Pelanggan boleh membuat bayaran seterusnya melalui User Portal untuk melanjutkan paid-through date mengikut jumlah bulan yang dibayar. Bayaran yang dibuat lebih awal menambah tempoh daripada paid-through date semasa; jika tiada bayaran seterusnya, akses tamat pada tarikh tersebut.
Setup dan coaching
Personal Setup & Coaching dan Studio Setup hanya meliputi konfigurasi serta tatacara penggunaan SKFINITY mengikut skop pesanan. Coaching tidak termasuk audio routing, OBS, livestream, konfigurasi komputer, sistem operasi, rangkaian atau peranti pelanggan kecuali dinyatakan secara khusus dalam skop bertulis. OBS Scenes Setup, apabila dipilih, merangkumi sehingga 10 scenes serta konfigurasi dan integrasi SKFINITY seperti pada pesanan; ia bukan coaching OBS umum.
Bahan kreatif dan branding
Add-on setup atau coaching tidak merangkumi penyediaan grafik, reka bentuk, montage, video, logo, copywriting atau elemen branding lain. Bahan tersebut hendaklah disediakan oleh pelanggan kecuali quotation atau skop bertulis menyatakan dengan jelas bahawa kerja kreatif tertentu termasuk.
Perkhidmatan pihak ketiga
TikTok, OBS, Spotify, YouTube, AI dan servis lain kekal dikawal oleh penyedia masing-masing. Pelanggan mesti mematuhi terma mereka dan membayar akaun, langganan atau penggunaan pihak ketiga sendiri. Perubahan atau gangguan pihak ketiga bukan pindaan automatik kepada skop SKFINITY.
Sokongan dan kelakuan
Sokongan diberi melalui saluran rasmi bagi isu dalam skop SKFINITY. Kami boleh mengehadkan akses untuk risiko keselamatan, penipuan, penyalahgunaan, pelanggaran lesen atau bayaran tidak disahkan, tertakluk kepada semakan dan hak mandatori yang terpakai.